Sunday, January 3, 2010

Aqil Masuk Wad






Alhamdulillah..tahun baru telahpun menjelma tetapi disaat-saat menanti kehadiran tahun 2010 ini, kami sekeluarga telah menerima satu dugaan daripada Allah S.W.T dimana anak sulung kami, Muhammad Aqil Arfan telah dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh akibat daripada kesukaran untuk bernafas. Yela, tambah ngan batuk berkahak lagi, Anak baru umur 1 tahun 2 bulan..manala pandai buang kahak mcm kita org dewasa. Apapun, berkat kesabaran dan doa daripada ahli keluarga kami serta izin dari Allah S.W.T, Aqil telahpun sihat. Sekurang-kurangnya ini telah menjadi pengalaman yang amat berguna pada kami sebagai Ibubapa dalam menjaga anak. Pengalaman sebegini sedikit sebanyak membantu kami dalam membesarkan anak sulung kami dimasa yang akan datang..InsyaAllah..di tahun 2010 ini, banyak yang perlu dilakukan untuk mendidik anak sulung kami. Terima Kasih pada doktor2, nurse2 yang membantu kami walaupun ada doktor kena 'sembur' ngan ayah masa hari pertama aqil masuk wad. Moga2 Aqil akan sentiasa sihat2 selalu..Amin..

Thursday, November 5, 2009

Futsal JPM 2009













Fuhhhhh..lama x update blog nie..banyak kejala katakan bila sampai hujung tahun nie..nie cerita pasal futsal JPM ari tu..kira dah dekat 2 minggu jugaklah cerita nie tapi hari nie baru update..hehehehe..tapi still nk share tentang suasana masa tu..terima kasih pada isteri dan anakku, aqil sebab sudi temankan ayah main futsal untuk 2 hari masa tu. Dah nampak bakat tu nak main bola..ikut ayahla tu...huhuhu..papepun,nnt bila aqil dah boleh berjalan,ayah ajar aqil main bola pulak..kita main sama2 k..untuk ibu,tima kasih banyak2...mmuuahhh!!!!..
By the way, ayah mewakili Jabatan Audit Negara dalam tournament nie.Memula perlawanan dalam kumpulan. JAN berdepan dengan Istana B (1-1), kemudian berdepan dengan Parlimen B (3-0) and layak ke Pusingan Ke-2. Di pusingan ini, JAN berjumpa dengan Mahkamah Syariah KL B (4-0) dan seterusnya berjumpa dengan LPKP (3-0) dan layak ke Suku Akhir. Di Suku Akhir, JAN berjumpa dengan Mahkamah Syariah KL A (2-1) dan layak ke Separuh Akhir berjumpa dengan Parlimen A (1-1) dan kalah penalti 2-1. Papepun,pencapaian yang membanggakan sebanya bukan training sangat pun.Friendly cuma 3 kali jer..hahahaha..ok,jumpa lagi di lain story..adios...

Monday, October 26, 2009

Birthday Aqil Yang Pertama





Alhamdulillah, pada 16 Oktober 2009, kami sekeluarga telah mengadakan Majlis Doa Selamat untuk anak sulung kami iaitu Muhammad Aqil Arfan sempena ulangtahunnya yang pertama. Inilah kali pertama kami menyambut hari lahir anak kami sendiri. Terima Kasih pada semua yang membantu terutamanya mak n bapak, mak awon, mak bee, mama rina,..oppppsss!!!..mama maria sharapova..ooopppsss lagi!!!!..huhuhu...fairuz,mizal,abang, kak da, jo dan sume yang terlibat..tak lupa pada pak lang aqil ,ekin, makcik yah, maksu. walaupun lewat tapi tetap datang untuk memeriahkan majlis yang sederhana ini.Moga2 aqil akan menjadi anak yang soleh dan berguna bila dia besar nanti..Amin...

Monday, October 5, 2009

Tragedi pokok pinang.


"cepat lari"!!!!...itulah antara perkataan yang dapat di dengar masa pagi 3 Oktober 2009. Masa tu tgh sibuk2 memasak...tambah plak masa tu hujan renyai2..ngan angin sepoi2 bahasa..sejuk giler masa tu, plak tu ayah tgh bz membilas pinggan ngan cawan untuk majlis pertunangan adik ipar ayah..masa tu ayah ngan bob yang buat keja tu..sambil leka membilas pinggan tu, ayah terdengar bunyi pokok dan tiba2 pokok pinang tu bergerak betul2 ke arah ayah ngan bob..nasib baik ada pak long zafir..sempatlah dia tarik budak bob tu..Alhamdulillah, takda sapa2 pun yang tercedera kecuali payung yang 'cedera' teruk akibat dikerjakan oleh batang pokok pinang tu. lepas tu, tanpa membuang masa, pak mentua ayah terus menghukum batang pokok pinang tersebut dengan menetak batang pokok pinang itu sambil berkata, "tak guna punya pokok..nah!!..ambik kau..x pasal2 aku kena ganti payung baru.."......kata pak mentua ayah sambil menghulurkan kapak "emas" kepada ayah..lalu berkata, "syam,..kau tetak batang pokok pinang nie..lepas tu buang..."..hehehe...ayah dengan machonya pun menetak batang pokok pinang tu tanpa belas kasihan...lepas nie, kenala buat keja kat bawah bumbung rumah...selamat sikit...

Wednesday, September 23, 2009

Aidilfitri pertama bersama Anakanda Aqil Arfan




Tahun 2009 merupakan tahun sejarah dimana kami telah menyambut kehadiran syawal bersama putera sulung kami..Muhammad Aqil Arfan. Yela kali pertama beraya sebaga ayah dan ibu. Yang paling berbeza sekali adalah masa beli baju raya. kali pertama beli baju untuk anak sendiri. macam2 nak beli untuk si Aqil nie..dari yang murah sampailah yang mahal..janji hensem bila pakai masa raya nie...hehehe..



Template by:
Free Blog Templates