Tahun 2009 merupakan tahun sejarah dimana kami telah menyambut kehadiran syawal bersama putera sulung kami..Muhammad Aqil Arfan. Yela kali pertama beraya sebaga ayah dan ibu. Yang paling berbeza sekali adalah masa beli baju raya. kali pertama beli baju untuk anak sendiri. macam2 nak beli untuk si Aqil nie..dari yang murah sampailah yang mahal..janji hensem bila pakai masa raya nie...hehehe..
Wednesday, September 23, 2009
Balik SP berhari raya
Alhamdulillah..kali nie turn tempat ayah plak untuk berhari raya dan tahun nie merupakan tahun sejarah dimana kami sekeluarga berhari raya dengan anak sulung kami, Muhammad Aqil Arfan. Kalu tahun lepas, dia ada dalam perut lagi tapi kali nie..dah kuar pun..banyak gakla baju raya utk aqil nie..Dalam pukul 7 pagi, dari rumah nyai kami sekeluarga bertolak ke Sg. Petani (SP) . Pak Lang pun ada gak..balik sekalila nie..Kira2 dalam pukul 12 tgh hari sampaila kat SP.
Monday, September 7, 2009
Berbuka Puasa Di Kelab komuniti Cyberjaya
Tahun 2009 ni ramadhan sempatla kami g bbuka kat Kelab Komuniti Cyberjaya. Kami decide nak g sini sbb fikirkan keselesaan Aqil, sbb Aqil baru 10 bulan blom pandai enjoy bbuka puasa kat luar lagi. Alhamdullillah, sampai tepat pada masa, tmpt nyer selesa, makanan byk pilihan, surau pun selesa. Mcm2 la yg di baham kami time ni..he......buffet yang berpatutan, keselesaan restoran yg menyenang, terutama yg datang dgn keluarga. Tapi kami balik cepat sebab Aqil dah mula boring..yela..mcm tula bila dah ada anak. Kena utamakan anak dulu..takleh nak pentingkan diri sendiri. So, dalam pukul 8 mlm kami pun balik tapi bukan balik rumah.Terus pegi Alamanda. Kami nak adakan acara berbuka puasa di luar nie acara wajib setiap tahun bila tiba bulan Ramadan. Alhamdulillah, dapat berbuka sekali diluar pun jadila. Tahun 2007, kami berbuka di JW Marriott Hotel, Tahun 2008 di PICC Putrajaya dan Restoran Rumah Thai di Kelab Saujana Utama.
Potong Rambut Aqil
Ni kali kedua ayah bawak aqil g potong rambut. This time g mapley jer....ayah decide nak potong sampai pendek(no 1), sbb kepala Aqil jadi mcm berkerak skit.....dah potong rambut, ayah sediakan shampoo baru...skincare for baby - sebamed....bli sabum mandian cecair, shampoo n losyen. Kulit Aqil cam nak jd eczema la....so kena jaga betul2...Alhamdulillah....dah baik pn.....
My Friend Wedding - Azuri & Zuria
Pada 15 Ogos 2009 kawan sepasukan ayah dalam team futsal telah melangsungkan perkahwinannya di Seremban, Negeri Sembilan. g Akhirnya beliau telah mengakhiri zaman bujangnya sebelum bulan Ramadan. Ni pada hari yg sama ibu ada Sukan KPDN KK, lpas ibu nyer team kalah kami terus ke Seremban. Lmbtla skit sampai...Aqil pn berjalan jer dari pagi. Nasib baiklah sampai lewat, takdalah jammed sangat nk kerumah dia nie. Untuk pengetahuan semua, kawan Ayah En Azuri @ Awie ni cucu kpd bintang filem melayu terkenal tau..Allahyarham Ahmad Mahmud. Cuba tgk betul2..ada iraskan. Apapun, kami sekeluarga ucapkan Selamat Pengantin Baru. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat.
p/s - Sebab tu ler tak dapat join reunion kat Royale Bintang, Curve, Mutiara Damansara..pkul 5 ptg ibu ada perbarisan lagi...mana sempat.
Saturday, September 5, 2009
Sukan KPDNKK
15 Ogos 2009, Kompleks Sukan Pancarona, Putrajaya. Setelah bertungkus lumus berlatih untuk menyertai karnival sukan ni. Ada 7 kontinjen semua nya...Ibu join team futsal wanita. Tapi mmg sayur la..hahahhaha...ibu tak leh main lg sbnrnya...sbb tak sampai setahun lg operate kuar kn Aqil.
Apapun yang penting semangat dan komitmen yg diberikan semua ahli pasukan sangat cemerlang. Kebetulan Ibu dapat jumpa kawan2 lama ibu kat sini...Aida Haryani(SKM) n Irwan Arma(KPDN KK). Thanks to Awon yg datang bantu menjaga Aqil, n to dear yang kasi sokongan pada syg. Aqil peneman setia ibu di padang......first time bersukan sambil bwk anak ni...he...

Trip to Lost World Of Tambun
8 Ogos 2009, seminggu lpas ayah balik dari outstation. Awon n wa ada jemputan kawin kt Ipoh, so Awon ajak la kami join g jln ke Tambun. Masa ayah outstation Ipoh dulu ayah dah survey dah area2 ipoh ni. Mudah ler nak berjalan-jalan.. Mmg enjoy main air....Aqil first time ni g mandi manda kt public...dia enjoy tul..n dia dapat ramai peminat..ada jer yg nak amik gamba dia. Ini gamba2 sepanjang trip ari tu.
Rotavirus
Last week aqil tak sihat, memula demam n pastu bila dah mkn ubat demam dia jadi cirit birit plak. Hari rabu tu panas lagi bdn..ayah tak sedap hati terus bawak g klinik..kali ni jmpa pakar terus. Klinik Pakar Kanak2 Serena kat Rahman Putra. Dr. kasi rawatan yang sepatutnya n dianogsis nyer kata Aqil terkena virus ROTAVIRUS. Aqil dapat antibiotik, ubat rawat usus, n pemekat n***s..dia kena mkn gak ubat, walaupun dia selalu sedih bila kena mkn ubat. Sekarang ni Aqil dah semakin sihat...dan ibu doa supaya Allah sentiasa pelihara Aqil dengan baik.
ini pautan pasal Rotavirus yang di post oleh mak awon aqil :

BERITA HARIAN : Kesihatan Anak
Oleh Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik Persatuan Pediatrik Malaysia.
ROTAVIRUS menyebabkan kanak-kanak diserang demam.
ANAK anda sering muntah dalam tempoh beberapa jam yang lalu. Episod muntah adalah tindak balas badan kita mengeluarkan toksin daripada perut. Biasanya muntah bukanlah satu keadaan yang serius dan kebanyakan kes berhenti dalam tempoh beberapa jam.
Bagaimanapun, anda perlu berasa bimbang apabila suhu badan anak anda mula meningkat dan kemudian dia mengalami cirit-birit.
Muntah-muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Walaupun kebanyakan kes muntah dan cirit-birit disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, ada juga kes yang sering dialami kanak-kanak dan bayi disebabkan jangkitan virus dikenali sebagai gastroenteritis akut.
Gastroenteritis adalah masalah radang perut dan usus. Walaupun tidak begitu serius kepada kanak-kanak, ia boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes boleh mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis ialah sejenis virus yang dipanggil rotavirus.
Mengenali rotavirus
Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan menyebabkan jangkitan pada usus. Ia sering dikesan dalam najis kanak-kanak yang sudah dijangkiti dan disebarkan melalui sentuhan.
Hal ini sering berlaku apabila kanak-kanak tidak mencuci tangan selepas masuk ke tandas atau sebelum makan. Penyebaran virus boleh berlaku daripada seorang kanak kepada kanak-kanak lain di pusat jagaan anak dan nurseri. Ia juga boleh merebak melalui orang dewasa yang sudah berjangkit atau yang menguruskan bayi yang sudah dijangkiti.
ROTAVIRUS mudah berjangkit.
Rotavirus mampu bertahan selama beberapa jam di tangan manusia serta berhari-hari di permukaan yang keras dan kering. Ini bermaksud ia mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar atau apabila kanak-kanak menyentuh objek atau permukaan yang dijangkiti lalu tangannya dimasukkan dalam mulut.
Risiko terhadap kanak-kanak
Di Malaysia, 38 peratus kanak-kanak yang masuk hospital kerana gastroenteritis akut disebabkan oleh rotavirus. Kebanyakan kanak-kanak akan dijangkiti virus ini sebelum berusia lima tahun.
Jangkitan rotavirus kepada kanak-kanak yang lebih besar (dari segi usia) tidak begitu berbahaya, namun amat berbahaya kepada kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah. Bagi bayi pula, mereka menghadapi masalah yang paling serius kerana serangan rotavirus boleh menyebabkan dehidrasi (kekurangan cecair dalam tubuh badan) kesan daripada muntah dan cirit-birit yang teruk. Selain berhadapan dengan masalah dehidrasi, terdapat juga risiko mengalami masalah menghadam laktosa yang disebabkan oleh cirit-birit berterusan.
Apa akan terjadi jika kanak-kanak dijangkiti rotavirus?
Pada peringkat awal kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus akan mengalami demam dan muntah-muntah, diikuti dengan cirit-birit yang teruk dengan najis berair. Dalam kebanyakan kes, demam dan muntah selama dua hingga tiga hari manakala cirit-birit pula berlarutan hingga seminggu. Gejala lain termasuk kurang selera makan, sakit badan, air kencing yang berkurangan dan tidak bermaya.
Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda awal jangkitan rotavirus atau dehidrasi, anda perlu:
• Beri anak anda minum satu hingga 1.5 liter cecair sehari seperti cecair garam rehidrasi atau isotonik. Jika anak anda muntah, pastikan dia kerap mengambil cecair atau susu dalam jumlah yang kecil setiap jam atau setengah jam.
• Bubur juga boleh diberikan dalam jumlah yang kecil bagi memastikan anak anda menerima khasiat yang mencukupi. Elakkan daripada memberi makanan atau minuman dalam jumlah yang banyak jika dia muntah-muntah.
• Beri ubat parasetamol untuk menurunkan suhu badannya.
• Pastikan diri anda, anak anda dan orang lain mencuci tangan selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.
• Untuk bayi yang berusia di antara 6 hingga 24 bulan, muntah dan cirit-birit yang serius boleh menyebabkan dehidrasi (kehilangan air) sekali gus menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang atau kerosakan otak. Jika dijangkiti, anak anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk menggantikan air yang hilang melalui cecair intravena. Jika tidak dirawat, dehidrasi akan bertambah teruk dan boleh membawa maut.
Adakah jangkitan rotavirus boleh dielakkan?
Antara langkah pencegahan yang boleh diambil termasuk menyusukan anak anda dengan susu badan serta menggalakkan setiap ahli keluarga mengamalkan kebersihan yang baik di rumah.
• Pastikan semua peralatan makanan bersih dengan mencuci pinggan mangkuk, botol, sudu dan garfu menggunakan air panas.
• Mengambil berat mengenai kebersihan apabila menyediakan makanan untuk keluarga
• Jangan menyimpan makanan yang sudah masak di dalam peti ais lebih daripada dua hari
• Pastikan semua makanan sudah dipanaskan semula dengan baik sebelum dimakan.
Walaupun kesemua langkah pencegahan ini diamalkan manakala rotavirus adalah sejenis virus yang mudah berjangkit, penyusuan ibu serta kebersihan yang sempurna tidak mampu melindungi anak anda sepenuhnya. Satu cara yang berkesan adalah dengan mengambil suntikan vaksin untuk virus ini.
Vaksin rotavirus
Vaksin rotavirus amat berkesan jika diambil pada peringkat awal. Ia boleh diberi secara oral. Matlamat vaksin ini untuk merangsang sistem imun badan daripada usia yang muda supaya apabila anak anda dijangkiti rotavirus untuk kali pertama, dia hanya mengalami jangkitan yang sederhana atau tanpa gejala-gejala yang serius. Jika dia dijangkiti lagi, anak anda akan mendapat perlindungan kecil.
Artikel Positive Parenting ini dihasilkan oleh Malaysian Paediatric Association dengan sumbangan geran pendidikan tanpa syarat dari GlaxoSmithKline.
Sila Layari Laman Untuk Pendidik :
www.xmpsp.com

Subscribe to:
Posts (Atom)