Sila buka mukasurat.......

Tuesday, December 6, 2011

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2012

SALAM KEPADA SEMUA...........

Saya nak kongsi maklumat ini :-

Harap dapat membantu sesiapa yang ingin membuat perancangan perbelanjaan terutama untuk kakitangan awam. Saya juga berharap dapat membantu sesiapa yang memiliki perniagaan, boleh lah rancang untuk buat JUALAN MURAH bila sampai waktu gaji yer.





Betul-betul biasa

Salam semua........

BETULKAN YANG BIASA......
BIASAKAN YANG BETUL........

Susah juga rupanya bila kita menulis dengan betul, bukan dengan cara biasa. Tapi ini adalah cara sebaiknya untuk kita memperbaiki kelemahan dalam menulis dan semua yang paham bahasa melayu, dapat faham dengan mudah. Dapat mengelakkan dari kekeliruan dan yang paling penting, kita menghormati ilmu seterusnya memartabatkan BAHASA MELAYU.

Kalau orang MELAYU tidak memperjuangkan Bahasa Melayu.....mustahil bangsa lain akan menghargainya.


p/s: Gambar ni takde kena mengena yer....cuma saya teringat pada Muhammad Aqil Arfan, ini kartun kesukaan nya...

Monday, September 12, 2011

Anak, Nyamuk dan Ubat Nyamuk.

Ini brand Tiger Balm yer...pilihan ibu

Lekat dekat kepala katil, dekat ngan anak tido (tak gemor kalu terlalu dekat ngan anak)

Hasilnya: Lena....anak lena, ibu pn dapat lena...zzzzzz

Cerita kali ni, bukan pasal ubat utk nyamuk...atau ubat utk anak yer. Nak kongsi pengalaman jer pasal anak n nyamuk. Bila ada anak ni..tak kisah ler kecik ker besau, mmg masalah nyamuk ni menganggu sungguh tidur anak. Bila anak takleh tido, maka selaku parent yg bertangunggjawab(huhuhu)...terus sama2 tak tido. pastu pg2 esok nya kpala ting tong nk p kerja....

Dr Aqil bb lg, haku apply mcm2 cr la nk halau nyamuk ni....tp haku mmg banned ubat nyamuk berasap dan aerosol. BAHAYA, Apatah lg haku sendiri pn asthmatic patient. Ms aqil bb, haku akan sedaya upaya pilih yg NATURAL. Pilihan haku dulu, kalau Aqil kena gigit nyamuk, sapu Jeli Gamat keluaran healin(tutup kaler merah). Alhamdulillah kesan nyamuk gigit tu kurang. Tp utk halau nyamuk, haku pilih ubat nyamuk yg eletrik. Tak berasap, removable n bleh juga halau nyamuk. Smpi skg pn masih pakai...tp, haku suggest..kalau pakai gini..jgn lah pasang suis plak yg terlalu dekat. Bau nya kuat sangat...hmmm rasanya tak bagus juga kalau hidu ari2.

Terkini ini pilihan ibu, dapat tau dari Mama Maria, sbb dia pn pakai kt umah nya.. Mosquito Patch. Smlm br try..he..sbb nk balik kg SP..so prepare bli benda ni siap. Haku bli brand Tiger Balm sbb ada bc review dr bloggers lain..ada yg suggest Tiger balm sbb bau lebih kuat n lebih efisian. Ada banyak brand lain lagi sbnr nya. Tp so far amat berpuas hati n Aqil tido lena mlm td. Aqil ni satu hal..kalau nyamuk gigit..dia leh hamuk dalam tido nya...sampai pening kita nk pujuk. Selalu pn haku sapukan Ginger Cream Leesa Formula jer sblm ni. Baru la Aqil mau tido balik. Pakai Ginger Cream pn ok juga..sapu kt kaki anak kan....so bau halia tu buat nyamuk takmo dekat.

Gitu ler kaedahnya yer tuan puan.cara haku mengelak dr anak kena gigit nyamuk, supaya anak tido lena dan Ibu pn lena...zzzzzzzzzz
sekian...berjumpa dilain waktu dengan n3 yg lain pula.

Friday, September 9, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Tahun ke-4.... Kini dan Selamanya....

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin ku sampaikan
Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkati kita
Kekasih, penguat jiwa
Ku berdoa, kau dan aku di Jannah
Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusedari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

Credit to: Maher Zain Tube

Monday, August 29, 2011

Pelita a.k.a Panjut


Dengan berbekalkan mood hari raya....tersajer2 nk tulis n3 ini. Bukan apa...dalam family ku, haku ler yg paling tegar tiap thn mahu pasang pelita di mlm Ramadhan utk menyambut Syawal. Takde sebarang sbb khusus kenapa haku mmg tegar nk pasang pelita juga....cuma haku ada pendapat haku sendiri bila org bertanya "kenapa"

Pd haku' pasang pelita minyak tanah or panjut ni....satu tradisi masyarakat melayu, so...as budak kampung yg mmg membesar dikampung ini adalah satu kemeriahan bila satu kampung bercahaya ngan sinaran lampu pelita. Dolu2 takde pn lampu Lip-Lap (korang tau ker lampu apa?)...satu lg kalau ada pn tak termampu nk merentang sekeliling umah, almaklum umah kg kan halaman nya luas...sampai sebalik perigi pn takkan nk pasang lampu Lip-Lap, tak relevan. So lampu pelita yg removable lebih praktikal. Sgt cantik bila kebanyakkan rumah akan dipagari cahaya lampu pelita. Meriah!

Kt kg2....dgn cahaya lampu pelita ni, lagi memudahkan perjalanan org kg yg kuar mlm utk p Tarawikh kt masjid ke surau ker....dan as kanak2 di kg, HANYA mlm bulan Ramadhan jer kami boleh kuar dr pintu umah mlm2. Kalau mlm2 bulan lain, sblm azan maghrib, korang tak masuk umah tutup pintu tingkap...maka akan kedengaran lah suara nyaring berteriak soh korang balik. Lambat lg korang masuk....rotan sedia menanti yer.

Tak bermakna pasang pelita utk main mercun, meriam dsbnya, tp personally haku sangat suka bila ada org masih meneruskan tradisi ini apatah lg dibandar. Bebudak bandar, yg tak membesar dalam suasana kg cam haku musti rs cam poyo2 jer haku ni......tp haku bangga berkongsi ngan anak haku tradisi ini..supaya dia paham asal usul ibu nya yg seorg budak kampung. Skalipun dizaman anak haku tak wujud dah pelita/panjut ni, haku mau dalam ingatan nya....tradisi ini pernah dikongsikan oleh ibu nya.

Seperkara lagi...kalau korang lalu depan umah mak haku....musti korang nmpk adalah sikit lampu pelita, usahama kami adik beradik. Thn ni tiang lampu di pacak oleh oleh team En, Mirzal n Cik Intan. N seliaan lampu dan minyak tanah sudah tentu usaha Ibu & Aqil.

Mmg takde lah byk lampu pasang kt umah Bonda ku itu..tp kurang2 haku boleh kata;
Haku ada...Ko ada?????....

he...assalam


Thursday, August 25, 2011

Panduan Sambutan Aidilfitri menurut Islam

Pagi ni kt opis ada ceramah agama yg dianjurkan, ni yg best kt opis ni...selalu ada ceramah agama yg disediakan oleh pihak pengurusan dan badan kebajikan untuk pengisian rohani kakitangan.
Pada hari ini Penceramah jemputan adalah UZTAZ WAN HAMIDI B. WAN MAT. Sangat terhibur mendengar ceramah Uztaz dgn penyampaian yg bersahaja, semua yg hadir boleh menumpukan perhatian dari awal hingga akhir. Di akhir tazkirah beliau, Uztaz berpesan pasal Panduan Sambutan Aidilfitri menurut Islam.

Mari kita kongsi sama-sama;

Malam Aidilfitri
  • Malaikat diarahkan oleh Allah supaya mencari hamba2Nya yang bertaubat untuk diangkat taubat nya bersama Ramadhan; oleh itu
  • Perbanyakan Solat sunat Taubat dan Tasbih.
  •  Perbanyakan Takbir.
Pagi 1 Syawal 
  • Mandi Sunat Aidilfitri
  • Sembahyang Subuh BERJEMAAH
  • Bertakbir
  • Disunatkan makan sedikit sebelum Solat Aidilfitri (bg membezakan dgn hari berpuasa)
  • Disunatkan memakai baju baru (murah pn takper)
  • Disunatkan memakai minyak wangi.
  • Pergi ke Masjid mengikut jalan berbeza dengan jalan pulang (supaya berjmpa dgn lebih ramai org dapatlah bersalaman dan bermaafan)
  • Berziarah dan bermaaf-maafan.

Thursday, August 18, 2011

Countdown 2011

Tik Tok Tik Tok.........

Mengenang semula peristiwa penting dalam hidup kami di bulan Ogos 2007...
Kenangan terindah yang tercipta kurniaan Allah untuk kami....
Semuanya indah.... Syurga dunia, rahmat dari Allah kepada hambaNya....



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Tuesday, August 2, 2011

Monday, July 25, 2011

Lunch Buffet Ju Yusoff"s Family 2011

Aqil beraksi
Depan Residence Hotel, UNITEN Bangi

1 rumah 1 warna...warna hitam dah balik awal masa ni

Majlis Makan Tengahari Keluarga Ju Yusoff 2011
Bertempat di Jupiter Coffee House, Residence Hotel, UNITEN Bangi.
Bertarikh 24 Julai 2011
Jam 12.00 - 2.30 ptg
Bertema 1rumah 1warna - 28:Biru, 21: Oren, 2: Merah, 16: Coklat, 40: Hitam
Penaja : Ayahanda Yusoff & Bonda Ju
Perancang Majlis : Ibu
AJK Logistk : Ayah
AJK Pembaca Doa : Pak Long Zafir
AJK Jurugambar : Papa Fairuz

Alhamdulillah..lega sangat semua dah selesai...ibu rs sangat puashati dengan acara ini. Dapat melaksanakan keinginan Bonda adalah satu kepuasan yg tak terhingga...
Harap semua ahli keluarga pn berpuashati dengan makanan dan tempat yg telah dipilih untuk majlis ini. Ibu cuma buat sedaya mampu sahaja.
Buat Pn. Intan, terima kasih kerana menghadirkan diri dalam keseksaan menahan demam teruk tu....sabar yer..tidak Allah datangkan sakit melainkan utk membersihkan dosa2 yg lalu...amin..cepat sembuh!!!

Di kesempatan ini, Ibu bg pihak keluarga..memohon maaf atas semua kesalahan yg telah mengguris hati sesiapa sahaja..secara sedar atau tidak.

Untuk semua : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN SEMPURNA..Amin....


Wednesday, July 20, 2011

Kuarters - opportunity cost

kabinet dapur tp uzur skit la
Bilik Tidur tgkt atas
Master Bedroom - Bilik ayaq ada bathtab tau
family hall kt atas
pandangan dr tingkat atas - tu pintu masuk depan tau
bilik bawah; sesuai utk bt surau
living hall
pandangan dari dalam ke depan umah

 






ruang dapur ni b'sambung dgn living hall, tanpa dinding

pintu dapur - cam wet kitchen la ni

gambaran dr pintu wet kitchen..smua leh nmpk kn
ini gamba dr pintu masuk depan tangga td

















Ini cerita tahun lpas sbnrnya....terkenang2...


Tak sangka sungguh dapat call yg menawarkan kuarters di presint 11 ni...sbb masa apply tu masa br2 kahwin...dah ada aqil ni plak dapat offer (at least nk jugak diorg offer kan). semua perasaan pn ada...so kami p lah jenguk tgk, amik kira smua, tolak tambah belanja itu ini. Tanya pendapat org lain...
akhirnya...

kami sepakat menolak tawaran ini setelah memikir masak2..

kami percaya ada org lain lebih memerlukan ketika ini...sbb pada masa ini kami dalam keadaan yg selesa dan tidak pula terdesak.

apapun kami syukuri dan kami masih selesa mendiami kediaman kami sekarang...akan datang Wallahualam
.

Tuesday, July 19, 2011

Mr & Mrs Bee

Tahniah Intan & Mirzal!!!!

U have each other now...



sebagai kakak, cukup sekadar saya nak kasitau...saya SAYANG kamu.....

apapun sebab....sbb saya sayang kamu...

forever a 'baby' sister to me....


Thursday, February 10, 2011

InsyaAllah - Maher Zain (versi Melayu)

Pg td masa on the way(otw) ke opis terdengar lagu InsyaAllah...tp versi Melayu...best jugak...susunan ayat nyer pn sesuai...

yg penting..Maher Zain fasih menyebut perkataan melayu.....wow....cam org melayu plak yg nyanyi kan....

sedap didengar dan sangat mendalam maknanya bile kita hayati betol2.....

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Repeat Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Repeat Chorus

Thank You For Watching!!
And say something about it!


Jom Layan...Download mp3

http://www.4shared.com/audio/83y6p4J8/Maher_Zain_-_InsyaAllah_wwwmdh.html
" Allah sentiasa ada utk kita...DIA berada lebih dekat dr urat leher kita..sentiasa ada utk mendengar doa2 hambaNya yg memerlukan..."


Friday, February 4, 2011

Apam Beras





Ini kuih feveret kami....Aqil suka sangat makan apam ni...so timbul kesedaran nak masak memasak. Tetiba mood masak memasak muncul...cari resepi kt internet..gali punya gali jmpa satu resepi yg berkenan nak dicuba...

Percubaan pertama:

Komen Pakar Rujuk :
1. "okay...rupa ok....lembut....tp blom boleh meniaga la.."
2. " rasa terlalu manis....melekit sikit..maybe terlebih gula.."
3. Aqil makan sebiji...tak minta tambah...hmmmm

Selepas tu buat kesimpulan and adjustment....gali2 lagi kat internet...tukar resepi;


Percubaan Kedua:

Komen Pakar Rujuk :

Suksesssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!! - Aqil mkn banyak








Yihaaaa........lompat tinggi2 seronok nyer.....