Sila buka mukasurat.......

Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Anak, Nyamuk dan Ubat Nyamuk.

Ini brand Tiger Balm yer...pilihan ibu

Lekat dekat kepala katil, dekat ngan anak tido (tak gemor kalu terlalu dekat ngan anak)

Hasilnya: Lena....anak lena, ibu pn dapat lena...zzzzzz

Cerita kali ni, bukan pasal ubat utk nyamuk...atau ubat utk anak yer. Nak kongsi pengalaman jer pasal anak n nyamuk. Bila ada anak ni..tak kisah ler kecik ker besau, mmg masalah nyamuk ni menganggu sungguh tidur anak. Bila anak takleh tido, maka selaku parent yg bertangunggjawab(huhuhu)...terus sama2 tak tido. pastu pg2 esok nya kpala ting tong nk p kerja....

Dr Aqil bb lg, haku apply mcm2 cr la nk halau nyamuk ni....tp haku mmg banned ubat nyamuk berasap dan aerosol. BAHAYA, Apatah lg haku sendiri pn asthmatic patient. Ms aqil bb, haku akan sedaya upaya pilih yg NATURAL. Pilihan haku dulu, kalau Aqil kena gigit nyamuk, sapu Jeli Gamat keluaran healin(tutup kaler merah). Alhamdulillah kesan nyamuk gigit tu kurang. Tp utk halau nyamuk, haku pilih ubat nyamuk yg eletrik. Tak berasap, removable n bleh juga halau nyamuk. Smpi skg pn masih pakai...tp, haku suggest..kalau pakai gini..jgn lah pasang suis plak yg terlalu dekat. Bau nya kuat sangat...hmmm rasanya tak bagus juga kalau hidu ari2.

Terkini ini pilihan ibu, dapat tau dari Mama Maria, sbb dia pn pakai kt umah nya.. Mosquito Patch. Smlm br try..he..sbb nk balik kg SP..so prepare bli benda ni siap. Haku bli brand Tiger Balm sbb ada bc review dr bloggers lain..ada yg suggest Tiger balm sbb bau lebih kuat n lebih efisian. Ada banyak brand lain lagi sbnr nya. Tp so far amat berpuas hati n Aqil tido lena mlm td. Aqil ni satu hal..kalau nyamuk gigit..dia leh hamuk dalam tido nya...sampai pening kita nk pujuk. Selalu pn haku sapukan Ginger Cream Leesa Formula jer sblm ni. Baru la Aqil mau tido balik. Pakai Ginger Cream pn ok juga..sapu kt kaki anak kan....so bau halia tu buat nyamuk takmo dekat.

Gitu ler kaedahnya yer tuan puan.cara haku mengelak dr anak kena gigit nyamuk, supaya anak tido lena dan Ibu pn lena...zzzzzzzzzz
sekian...berjumpa dilain waktu dengan n3 yg lain pula.

Saturday, September 5, 2009

Rotavirus

Last week aqil tak sihat, memula demam n pastu bila dah mkn ubat demam dia jadi cirit birit plak. Hari rabu tu panas lagi bdn..ayah tak sedap hati terus bawak g klinik..kali ni jmpa pakar terus. Klinik Pakar Kanak2 Serena kat Rahman Putra. Dr. kasi rawatan yang sepatutnya n dianogsis nyer kata Aqil terkena virus ROTAVIRUS. Aqil dapat antibiotik, ubat rawat usus, n pemekat n***s..dia kena mkn gak ubat, walaupun dia selalu sedih bila kena mkn ubat. Sekarang ni Aqil dah semakin sihat...dan ibu doa supaya Allah sentiasa pelihara Aqil dengan baik.

ini pautan pasal Rotavirus yang di post oleh mak awon aqil :



BERITA HARIAN : Kesihatan Anak
Oleh Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik Persatuan Pediatrik Malaysia.





ROTAVIRUS menyebabkan kanak-kanak diserang demam.

ANAK anda sering muntah dalam tempoh beberapa jam yang lalu. Episod muntah adalah tindak balas badan kita mengeluarkan toksin daripada perut. Biasanya muntah bukanlah satu keadaan yang serius dan kebanyakan kes berhenti dalam tempoh beberapa jam.

Bagaimanapun, anda perlu berasa bimbang apabila suhu badan anak anda mula meningkat dan kemudian dia mengalami cirit-birit.

Muntah-muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Walaupun kebanyakan kes muntah dan cirit-birit disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, ada juga kes yang sering dialami kanak-kanak dan bayi disebabkan jangkitan virus dikenali sebagai gastroenteritis akut.

Gastroenteritis adalah masalah radang perut dan usus. Walaupun tidak begitu serius kepada kanak-kanak, ia boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes boleh mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis ialah sejenis virus yang dipanggil rotavirus.

Mengenali rotavirus

Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan menyebabkan jangkitan pada usus. Ia sering dikesan dalam najis kanak-kanak yang sudah dijangkiti dan disebarkan melalui sentuhan.



Hal ini sering berlaku apabila kanak-kanak tidak mencuci tangan selepas masuk ke tandas atau sebelum makan. Penyebaran virus boleh berlaku daripada seorang kanak kepada kanak-kanak lain di pusat jagaan anak dan nurseri. Ia juga boleh merebak melalui orang dewasa yang sudah berjangkit atau yang menguruskan bayi yang sudah dijangkiti.

ROTAVIRUS mudah berjangkit.

Rotavirus mampu bertahan selama beberapa jam di tangan manusia serta berhari-hari di permukaan yang keras dan kering. Ini bermaksud ia mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar atau apabila kanak-kanak menyentuh objek atau permukaan yang dijangkiti lalu tangannya dimasukkan dalam mulut.

Risiko terhadap kanak-kanak

Di Malaysia, 38 peratus kanak-kanak yang masuk hospital kerana gastroenteritis akut disebabkan oleh rotavirus. Kebanyakan kanak-kanak akan dijangkiti virus ini sebelum berusia lima tahun.

Jangkitan rotavirus kepada kanak-kanak yang lebih besar (dari segi usia) tidak begitu berbahaya, namun amat berbahaya kepada kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah. Bagi bayi pula, mereka menghadapi masalah yang paling serius kerana serangan rotavirus boleh menyebabkan dehidrasi (kekurangan cecair dalam tubuh badan) kesan daripada muntah dan cirit-birit yang teruk. Selain berhadapan dengan masalah dehidrasi, terdapat juga risiko mengalami masalah menghadam laktosa yang disebabkan oleh cirit-birit berterusan.

Apa akan terjadi jika kanak-kanak dijangkiti rotavirus?

Pada peringkat awal kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus akan mengalami demam dan muntah-muntah, diikuti dengan cirit-birit yang teruk dengan najis berair. Dalam kebanyakan kes, demam dan muntah selama dua hingga tiga hari manakala cirit-birit pula berlarutan hingga seminggu. Gejala lain termasuk kurang selera makan, sakit badan, air kencing yang berkurangan dan tidak bermaya.

Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda awal jangkitan rotavirus atau dehidrasi, anda perlu:
• Beri anak anda minum satu hingga 1.5 liter cecair sehari seperti cecair garam rehidrasi atau isotonik. Jika anak anda muntah, pastikan dia kerap mengambil cecair atau susu dalam jumlah yang kecil setiap jam atau setengah jam.
• Bubur juga boleh diberikan dalam jumlah yang kecil bagi memastikan anak anda menerima khasiat yang mencukupi. Elakkan daripada memberi makanan atau minuman dalam jumlah yang banyak jika dia muntah-muntah.
• Beri ubat parasetamol untuk menurunkan suhu badannya.
• Pastikan diri anda, anak anda dan orang lain mencuci tangan selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.
• Untuk bayi yang berusia di antara 6 hingga 24 bulan, muntah dan cirit-birit yang serius boleh menyebabkan dehidrasi (kehilangan air) sekali gus menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang atau kerosakan otak. Jika dijangkiti, anak anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk menggantikan air yang hilang melalui cecair intravena. Jika tidak dirawat, dehidrasi akan bertambah teruk dan boleh membawa maut.

Adakah jangkitan rotavirus boleh dielakkan?

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil termasuk menyusukan anak anda dengan susu badan serta menggalakkan setiap ahli keluarga mengamalkan kebersihan yang baik di rumah.
• Pastikan semua peralatan makanan bersih dengan mencuci pinggan mangkuk, botol, sudu dan garfu menggunakan air panas.
• Mengambil berat mengenai kebersihan apabila menyediakan makanan untuk keluarga
• Jangan menyimpan makanan yang sudah masak di dalam peti ais lebih daripada dua hari
• Pastikan semua makanan sudah dipanaskan semula dengan baik sebelum dimakan.

Walaupun kesemua langkah pencegahan ini diamalkan manakala rotavirus adalah sejenis virus yang mudah berjangkit, penyusuan ibu serta kebersihan yang sempurna tidak mampu melindungi anak anda sepenuhnya. Satu cara yang berkesan adalah dengan mengambil suntikan vaksin untuk virus ini.

Vaksin rotavirus

Vaksin rotavirus amat berkesan jika diambil pada peringkat awal. Ia boleh diberi secara oral. Matlamat vaksin ini untuk merangsang sistem imun badan daripada usia yang muda supaya apabila anak anda dijangkiti rotavirus untuk kali pertama, dia hanya mengalami jangkitan yang sederhana atau tanpa gejala-gejala yang serius. Jika dia dijangkiti lagi, anak anda akan mendapat perlindungan kecil.

Artikel Positive Parenting ini dihasilkan oleh Malaysian Paediatric Association dengan sumbangan geran pendidikan tanpa syarat dari GlaxoSmithKline.

Sila Layari Laman Untuk Pendidik :
www.xmpsp.com

Sunday, August 30, 2009

Mimpi jadi kenyataan



Alhamdulillah....akhirnya ibu dapat juga memiliki pam idaman hati ibu..... Untuk anak tersayang ibu dan ayah dah nekad nak susu kan Aqil dgn susu ibu sepenuhnya. Ibu terjebak ngan Exclusive Breastfeeding ni selepas kelahiran Aqil...Ibu byk bt research pasal parenting masa mengadung dulu. cari ilmu nak jadi parent. Lepas tu ayah pn study pasal breastfeed sama....jmpa laman SusuIbu.com(SI). Mmg jatuh cinta la ngan laman SI ni sbb disini la ibu korek smua ilmu2 pasal parenting. Mcm ilmu dapat, kawan pn dapat. Setakat ni baru sekali jer g gathering kat putrajaya. best oooo... InsyaAllah nak g lagi nnt. Selama 9 bulan ibu pakai pam Medela Harmony, pada 7hb Ogos 2009, ayah telah membeli kan ibu pam idaman hati ibu...sehari sebelum g LWOT ni. Excited sangat, btul la org kata kalau kita mmg nak BF anak ni Allah pasti tolong kasi jalan memudahkan nyer. Sekarang Ibu dah dapat la memanfaatkan FS ni...walaupun hasil blum mewah...tp Ibu bersyukur...setiap hari ttp ada susu untuk Aqil.
Thanks Dear sbb jadikan Impian sayang satu kenyataan...