Sila buka mukasurat.......

Wednesday, August 11, 2010

Panduan Ramadhan 1

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Puasa dulu baru Raya - Raihan

Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala (2x) 
sahaja aku berpuasa esok hari 
untuk menunaikan fardhu ramadhan
tahun ini kerana allah
puasa ertinya menahan diri
dari lapar dan dahaga
juga perkara yang membatalkan
dari terbit fajar sehingga maghrib

Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
puasa melatih kita sabar
puasa menjadikan kita sihat
puasa perlukan keikhlasan
di dalam bulan ramadhan

Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
Hendaklah kita banyak sedekah
jangan lupa pula baca al quran
juga berzikir dan berdoa
dan berselawat ke atas nabi

Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
sahaja aku berpuasa esok hari
untuk menunaikan fardhu ramadhan
tahun ini kerana allah

paling penting sebelum berhari raya
tunaikanlah zakat dan fitrah
agar kita dapat meraikan bersama
tanpa mengira miskin dan kaya

kini tibalah saat yang dinanti
hari kemenangan bagi kita
selamat berhari raya
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin

Sunday, January 3, 2010

Aqil Masuk Wad






Alhamdulillah..tahun baru telahpun menjelma tetapi disaat-saat menanti kehadiran tahun 2010 ini, kami sekeluarga telah menerima satu dugaan daripada Allah S.W.T dimana anak sulung kami, Muhammad Aqil Arfan telah dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh akibat daripada kesukaran untuk bernafas. Yela, tambah ngan batuk berkahak lagi, Anak baru umur 1 tahun 2 bulan..manala pandai buang kahak mcm kita org dewasa. Apapun, berkat kesabaran dan doa daripada ahli keluarga kami serta izin dari Allah S.W.T, Aqil telahpun sihat. Sekurang-kurangnya ini telah menjadi pengalaman yang amat berguna pada kami sebagai Ibubapa dalam menjaga anak. Pengalaman sebegini sedikit sebanyak membantu kami dalam membesarkan anak sulung kami dimasa yang akan datang..InsyaAllah..di tahun 2010 ini, banyak yang perlu dilakukan untuk mendidik anak sulung kami. Terima Kasih pada doktor2, nurse2 yang membantu kami walaupun ada doktor kena 'sembur' ngan ayah masa hari pertama aqil masuk wad. Moga2 Aqil akan sentiasa sihat2 selalu..Amin..

Thursday, November 5, 2009

Futsal JPM 2009













Fuhhhhh..lama x update blog nie..banyak kejala katakan bila sampai hujung tahun nie..nie cerita pasal futsal JPM ari tu..kira dah dekat 2 minggu jugaklah cerita nie tapi hari nie baru update..hehehehe..tapi still nk share tentang suasana masa tu..terima kasih pada isteri dan anakku, aqil sebab sudi temankan ayah main futsal untuk 2 hari masa tu. Dah nampak bakat tu nak main bola..ikut ayahla tu...huhuhu..papepun,nnt bila aqil dah boleh berjalan,ayah ajar aqil main bola pulak..kita main sama2 k..untuk ibu,tima kasih banyak2...mmuuahhh!!!!..
By the way, ayah mewakili Jabatan Audit Negara dalam tournament nie.Memula perlawanan dalam kumpulan. JAN berdepan dengan Istana B (1-1), kemudian berdepan dengan Parlimen B (3-0) and layak ke Pusingan Ke-2. Di pusingan ini, JAN berjumpa dengan Mahkamah Syariah KL B (4-0) dan seterusnya berjumpa dengan LPKP (3-0) dan layak ke Suku Akhir. Di Suku Akhir, JAN berjumpa dengan Mahkamah Syariah KL A (2-1) dan layak ke Separuh Akhir berjumpa dengan Parlimen A (1-1) dan kalah penalti 2-1. Papepun,pencapaian yang membanggakan sebanya bukan training sangat pun.Friendly cuma 3 kali jer..hahahaha..ok,jumpa lagi di lain story..adios...