Sila buka mukasurat.......

Wednesday, June 17, 2009

Aktiviti 13hb June 2009

Ayah baru balik dari Terengganu, 12hb Jun......Ari sabtu ni baru Aqil blih jmpa ayah....esoknyer ayah nak g utara plak....oustation kat Perlis n Kedah...10 ari ler plak Aqil n Ibu berjauhan dari ayah lagi.......
So...ari sabtu ni mmg digunakan sepenuhnya untuk masa2 kualiti bersama family....
Pagi tu ayah ajak sarapan kat Bangi Kopitiam, Bkt Rahman Putra....Aqil enjoy dapat jln2..

Pastu ayah g buat balancing tayar n alignment....tp nasib kurang baik..kedai tu spoilt....servis hampeh...dekat sejam lebih kut kami bertapa kat kedai tu....sampai Aqil tertido kt situ la....

cian anak ibu ni....
Kami rushing sbb tghari tu dah janji nak g kenduri kawin Ina, anak Mak Nah...sblm tu ingat nyer nak g ptg rambut Aqil dulu.....tp tak sempat dah....so kami terus pulang...siap2 nak g g makan kenduri plak....



Grand tul majlis anak bongsu, pompuan tunggal Mak Nah ni....Tahniah untuk Siti Sharina & Mohd Hafiz....tgk ler cantiknyer hiasan dalam dewan ni...Ina pn manis sangat masa bersanding...Semoga berkekalan bahagia kalian hingga ke syurga..Amin....

Next task..lepas balik dari kenduri ni....kena bawak aqil g potong rambut.....'balung' nyer tu nak kene trim..he...
sambung dalam artikel khas..Ayah bawak Aqil potong rambut....

Monday, June 15, 2009

Hensem boy maaa.............



Betapa bergaya nyer anak ibu dalam sport car ni....he.....gambar ni amik masa g teman auntie dia shopping kat Mydin USJ... Aqil pandai jer bergaya...

Weekend with my family....

Weekend lepas(6 & &hb Jun) kami habiskan masa bersama.....sbb esokAyah dah start nak kuar outstation.
Pagi2 lagi Ayah ajak ibu n Aqil g bfast kt Mc Donalds.....(Ayah tak nak susah kan ibu bt sarapan..he...). Thanks Dear......

Balik tu, ayah ajak Aqil g kmas laman rumah...sapu sampah n buang rumput2....Ayah menyapu, Aqil mengacau..he...
Ibu pn terus ler mamasak mknn Aqil n mengemas sikit sementara Aqil sibuk kacau Ayah tu.

Ptg kami keluar ngan Abg Bob n Mak Awon g Bangi, ayah nak bli contact lens n pastu kami g main kat Putrajaya......letih tul...
Kat Putrajaya tu Uncle Joe n ++ datang main sama...dalam jam 6.30 baru balik umah. Mlm kami g Jusco jap n mkn malam. Aqil yang sangat keletihan terus tido sampai pagi.. Ayah plak sibuk packing barang.



Ahad tu kami berkemas dan bersiap utk hantar ayah g KLIA, flight ayah kul 2.50ptg...ayah nak g Kuala Terengganu. Mak Awon yang tolong hantarkan....(thankssss Awon)...Alhamdulillah sempat sampai Airport n Ayah slamat berlepas. Ibu, Aqil n Mak Awon balik tu sempat singgah kat Mydin membeli belah tu....4.15ptg Ayah call dah sampai KT, tp kami Sg. Buloh pn tak sampai lagi..hahaha...

Kami akan sentiasa merindui Ayah......mmmuahhhh!!!

Tuesday, June 2, 2009

Kejohanan Sukan Audit Ibu Pejabat 2009



Alhamdulillah, setelah berhempas-pulas training selama 2 bulan, pada 31 Mei 2009, akhirnya pasukan ayah aqil telah berjaya menjadi juara. Pasukan ayah aqil mewakili Sektor Audit Persekutuan dimana hampir kesemua pemain pasukan ini adalah pemain utama Jabatan Audit Negara. Jadi tidak hairanlah mengapa pasukan ini digelar 'Dreams Teams'. Kejohanan ini adalah khas untuk sektor yang berpengkalan di Putrajaya sahaja. Selain Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, ada 3 lagi sektor yang terlibat iaitu Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan, Sektor Audit Korporat dan juga Sektor Audit Dalam.
Perlawanan pertama adalah menentang Sektor Audit Dalam dimana perasaan gemuruh masih lagi menghantui pasukan ayah aqil dimana kami hanya berupaya mencatat keputusan seri 1-1. Selepas rehat 5 minit, kami bertemu pula dengan pasukan BBP dimana team ini adalah team lama ayah aqil. Jumpa member lamala nie. Kami telah berjaya membuktikan bahawa pasukan ayah aqil adalah yang terbaik dengan menang 3-0. Perlawanan terakhir menentang pasukan Audit Korporat, pasukan ayah aqil telah berjaya menemui rentak juara apabila dengan mudah membelasah pasukan ini dengan 4-0. Insya-Allah, kalu jadi, sukan ini akan dipertandingkan di Terengganu dimana Sukan Audit Se-Malaysia akan diadakan. Kepada para pemain, ayah aqil ucapkan tahniah dan terima kasih atas sokongan anda semua. Tanpa sokongan kalian, tak mungkin kita berjaya membentuk pasukan yang mannnttooooppppp ini.