Sila buka mukasurat.......

Tuesday, June 2, 2009

Kejohanan Sukan Audit Ibu Pejabat 2009



Alhamdulillah, setelah berhempas-pulas training selama 2 bulan, pada 31 Mei 2009, akhirnya pasukan ayah aqil telah berjaya menjadi juara. Pasukan ayah aqil mewakili Sektor Audit Persekutuan dimana hampir kesemua pemain pasukan ini adalah pemain utama Jabatan Audit Negara. Jadi tidak hairanlah mengapa pasukan ini digelar 'Dreams Teams'. Kejohanan ini adalah khas untuk sektor yang berpengkalan di Putrajaya sahaja. Selain Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, ada 3 lagi sektor yang terlibat iaitu Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan, Sektor Audit Korporat dan juga Sektor Audit Dalam.
Perlawanan pertama adalah menentang Sektor Audit Dalam dimana perasaan gemuruh masih lagi menghantui pasukan ayah aqil dimana kami hanya berupaya mencatat keputusan seri 1-1. Selepas rehat 5 minit, kami bertemu pula dengan pasukan BBP dimana team ini adalah team lama ayah aqil. Jumpa member lamala nie. Kami telah berjaya membuktikan bahawa pasukan ayah aqil adalah yang terbaik dengan menang 3-0. Perlawanan terakhir menentang pasukan Audit Korporat, pasukan ayah aqil telah berjaya menemui rentak juara apabila dengan mudah membelasah pasukan ini dengan 4-0. Insya-Allah, kalu jadi, sukan ini akan dipertandingkan di Terengganu dimana Sukan Audit Se-Malaysia akan diadakan. Kepada para pemain, ayah aqil ucapkan tahniah dan terima kasih atas sokongan anda semua. Tanpa sokongan kalian, tak mungkin kita berjaya membentuk pasukan yang mannnttooooppppp ini.

2 comments:

  1. yehhhh.................team ayah champion futsal....
    takde la ibu nak bising2 kan..sebab berbaloi la spend masa utk training...he...tp naper la ayah leh sepak depan gol pn tak masuk??!!!
    pape pn ibu bangga ngan ayah..mmuah..

    ReplyDelete
  2. hebat!!!.... keep up the good work

    ReplyDelete

Jom sama2 mencoret kat sini