Sila buka mukasurat.......

Thursday, October 14, 2010

CICAK...sangat menakutkan....



 14 Okt 2010, ari baju batik....

Pagi tadi semua2 pn nak marah ibu sbb ibu takut sangat nak driving sbb ada cicak kt dashboard......Ngeri oooooooo.............boleh eksiden kalau teruskan perjalanan..jauh tu.....dah nak mengalir airmata..halau2 dia tak mo kuar....GELI!!!!!!!!(ibu ada banyakkkkkk kes ngan cicak ni..sampai dah fobia)

Ni mesti sbb mak soh bawak kepok lekor kasi kt mama..pastu cicak kurus tu terbau makanan... tapi mak kata "Cicak mana ada bau..."...ni tak puashati ni...nah tgk artikel ni....Ibu tak salahkan.....BAHAYA kan cicak tu......

Nasib baikla bapak jd hero ...I love lah bapak....forever n ever!!!mmuaaahhhhh......

thank to bpk, mak n aqil sbb hantar ibu g kerja...paling utama..
Thanks a lot Allah kerana memberi kesempatan ini utk diriku bermanja dan dapat mengelak dari segala bencana yg lebih teruk. Alhamdulillah. SUBHANALLAH....


CICAK

Cicak merupakan satu kumpulan reptilia yang besar dan tersebar luas daripada
order Squamata, dengan hampir 5000 spesies terdapat di semua benua kecuali
Antartika. Kebanyakan cicak mempunyai kulit bersisik, empat anggota badan
(kaki dan tangan), telinga luar, satu ekor yang panjang, dan merupakan
insektivor (pemakan serangga). Banyak daripadanya boleh menanggalkan ekor
untuk menyelamatkan diri daripada pemangsa walaupun ciri ini bukanlah secara
universal (umum).

Penglihatan, termasuk penglihatan warna, berkembang
dengan amat baik pada cicak, dan kebanyakannya berkomunikasi dengan
isyarat tubuh atau warna yang terang pada tubuhnya dan juga melalui feromon.
Hampir kesemua cicak adalah karnivor. Walaupun kebanyakannya bersaiz
terlalu kecil, serangga merupakan makanan utamanya. Walaubagaimanapun,
beberapa spesies adalah omnivor atau herbivor dan yang selebihnya perlu
membesar bagi membolehkan mereka makan vertebrata lain. Banyak cicak
merupakan pemanjat yang baik atau pelari yang pantas. Kebanyakan cicak
boleh menyamar dengan amat baik dan boleh berdiam diri sehinggalah
pemangsa telah berlalu. Mengkarung, terutamanya amat dikenali kerana
keupayaanya untuk mengubah warna menyerupai persekitarannya.
Cicak mempraktikkan pelbagai kaedah dalam berkomunikasi.

Seperti kebanyakan haiwan lain, mereka mempunyai deria bau yang kuat
membolehkannya mengesan bau mangsa atau feromon cicak lain. Organ bau
utama pada cicak ialah organ ‘vomeronasal’ pada lelangit mulut dan cicak
mengumpul bau dengan menjulurkan lidah, kemudian menariknya semula dan
menghantar molekul-molekul bau mangsa yang ditangkap ke organ ini.

Sesetengah cicak karnivor yang besar seperti ‘tegus’ dan cicak monitor,
mempunyai lidah bercabang seperti ular untuk memanfaatkan organ ini dengan
lebih baik. Oleh itu, banyak cicak jantan mempunyai liang yang lebih besar di
bahagian bawah pehanya untuk digosok pada objek bertujuan menandakan
wilayahnya.

Gambar ni jer blih letak...nk letak gambar cicak btol...tp meremang bulu roma....tak sanggup....sungguh mengerikan...


No comments:

Post a Comment

Jom sama2 mencoret kat sini