Sila buka mukasurat.......

Tuesday, October 12, 2010

Sukan Pantai Jabatan Audit Negara 2010

Salam semua dan salam 1Malaysia,

Dah lama x menulis kat blog nie. Selalunya ibu yang updatekan blog nie tapi takpa, kali nie biar ayah yang updatekan cerita terbaru ayah. Pada 26 September 2010, telah berlangsung sukan pantai Jabatan Audit Negara di Permaisuri Resort, Port Dickson. Ok jugakla tempat nie.dekat dengan pantai. Untuk kejohanan kali nie, ayah telah mewakili Zon 1 iaitu Sektor Audit Kerajaan Persekutuan untuk sukan bola pantai.Dahlah lama x main bola kat pantai nie,.letih jugakla nk berlari kat atas pasir..berat je main selain daripada berat badan. Apapun, enjoy jugakla main walaupun awal2 lagi dah terkeluar daripada persaingan.. Hampeh, kalah ngan balingan duit syilling..Tapi takpa, kita tunggu next punya sukan audit, harap2 bukanlah sukan pantai...buhsanla asyik sukan pantai jaa....

Bergambar bersama Pengarah Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Dato' Mustafa Saman. (Orang Baling nie)

Hanya team Bola Pantai jer yang tak pegi perhimpunan pagi tu. Sibuk mengambil gambar jer..

Aksi ayah di tengah padang pasir....

Hanya ayah sahaja yang berjaya menjaringkan gol semasa penentuan sepakan penalti

Bergambar kenangan bersama Piala Pusingan Juara Sukan Audit Se-Malaysia sebelum piala ini disimpan didalam kabinet.


No comments:

Post a Comment

Jom sama2 mencoret kat sini