Sila buka mukasurat.......

Wednesday, October 27, 2010

Ibu & Asthma

 ASTHMA

Ibu cuma nak berkongsi secara ringkas ttg asthma ni....asthma a.k.a semput. Rezeki ibu dari usia 7bln dah jadi kembar ngan asthma ni...lebih 30thn ibu survive ngan sakit kurniaan Allah ni.

Asthma boleh dihidapi dgn byk sebab...paling utama, GENETIK (cam ibu). Sejarah keturunan family mmg ada Ashtma pn. Dipendekkn cerita, dah bermacam ubat cuba...traditional, sains....pernah ditahan kt wad spital Sg Buloh...pegi balik kecemasan pn dah biasa....masa Pak Long(abg ibu) bersanding kt umah pn ibu kena attack gak...abg la yg hantar g kecemasan..pengantin kena tido kt spital (tq abang)...kenangan....bila dah bertahun menghadap dgn semput ni...ibu belajar redha...sbb kita kena terima:

"asthma tidak boleh dirawat, tapi boleh dikawal"

Ibu belajar 'berkenalan' dgn ASTHMA bin semput ni..hehehe....so ibu byk kan membaca, cari bahan2 ilmiah yang berkaitan. Bila jmpa Dr sbb attack ker apa ker...ibu akan tanya baaaaaanyak soalan. Supaya ibu ada ilmu di dada utk menangani serangan asthma acute. Dr. Rozaida, PUSRAWI Bdr Baru Sg Buloh banyak bantu kasi info dan nasihat. Bila repot kesihatan tu menunjukan trend attack yg makin kerap...Dr. Rozaida sarankan sejenis ubat baru sebagai mengawal asthma, dan allergen yg mungkin boleh sbb kan attack.

SERETIDE - 2nd Canister
Ibu dibekalkan ngan SERETIDE. Skg ibu ada 2 ubat... Ventolin Inhaler(salbutamol) - ni guna masa attack, satu lagu Seretide Evohaler-Preventer(hari2 kena amik). Tapi Dr Rozaida kata...Maksimum 6mth observation, kalau takde rekod attack, dose akan dikurangkan.mengikut bulan...sampai la..bila dah dapat dikawal....boleh stop seretide(...amin).....SYUKUR pada Allah...kesihatan ibu semakin baik.....ibu boleh jaga Aqil dgn baik..Ibu boleh g kerja dgn semangat..MC pn kurang.... Harga seretide mahal(pd ibu la)...tp nikmat kesihatan yg ibu dapat..laaaaaaaaagi mahal.

Next entry insyaAllah ibu akan tulis pasal hero kecik ibu plak...Aqil & Asthma.

Thursday, October 21, 2010

Sambutan besday Muhammad Aqil Arfan sepanjang OKT 2010

Sudah mencecah usia 2thn dah anak ayah n ibu ni.......Alhamdulillah...syukur pada Allah kerana mengurniakan kami Muhammad Aqil Arfan bin Mohd Azril Hisyam. Sepanjang Oktober ni tiap2 mggu pn sambut bday Aqil.
16 Syawal genap umur Aqil 2thn ikut kalendar islam
16 Okt genap umur aqil 2thn ikut kalender masihi

16 Okt 2010
Malam tu utk memeriahkn teratakn ayahbonda...ibu kuarla ngan Aqil g bli brg2..plan mau mkn steambot. Lpas maghrib, ibu masak tom yam n siapkan bhn2 mentah. mak B kuar ngan abg bob amik satay sri subang....nyum...nyum....



Hidangan ala kadar jer.....duduk mkn dengan keluarga tu yg paling best sekali....

p/s:- nnt kita repeat lg lah yer..he...


Thursday, October 14, 2010

CICAK...sangat menakutkan....



 14 Okt 2010, ari baju batik....

Pagi tadi semua2 pn nak marah ibu sbb ibu takut sangat nak driving sbb ada cicak kt dashboard......Ngeri oooooooo.............boleh eksiden kalau teruskan perjalanan..jauh tu.....dah nak mengalir airmata..halau2 dia tak mo kuar....GELI!!!!!!!!(ibu ada banyakkkkkk kes ngan cicak ni..sampai dah fobia)

Ni mesti sbb mak soh bawak kepok lekor kasi kt mama..pastu cicak kurus tu terbau makanan... tapi mak kata "Cicak mana ada bau..."...ni tak puashati ni...nah tgk artikel ni....Ibu tak salahkan.....BAHAYA kan cicak tu......

Nasib baikla bapak jd hero ...I love lah bapak....forever n ever!!!mmuaaahhhhh......

thank to bpk, mak n aqil sbb hantar ibu g kerja...paling utama..
Thanks a lot Allah kerana memberi kesempatan ini utk diriku bermanja dan dapat mengelak dari segala bencana yg lebih teruk. Alhamdulillah. SUBHANALLAH....


CICAK

Cicak merupakan satu kumpulan reptilia yang besar dan tersebar luas daripada
order Squamata, dengan hampir 5000 spesies terdapat di semua benua kecuali
Antartika. Kebanyakan cicak mempunyai kulit bersisik, empat anggota badan
(kaki dan tangan), telinga luar, satu ekor yang panjang, dan merupakan
insektivor (pemakan serangga). Banyak daripadanya boleh menanggalkan ekor
untuk menyelamatkan diri daripada pemangsa walaupun ciri ini bukanlah secara
universal (umum).

Penglihatan, termasuk penglihatan warna, berkembang
dengan amat baik pada cicak, dan kebanyakannya berkomunikasi dengan
isyarat tubuh atau warna yang terang pada tubuhnya dan juga melalui feromon.
Hampir kesemua cicak adalah karnivor. Walaupun kebanyakannya bersaiz
terlalu kecil, serangga merupakan makanan utamanya. Walaubagaimanapun,
beberapa spesies adalah omnivor atau herbivor dan yang selebihnya perlu
membesar bagi membolehkan mereka makan vertebrata lain. Banyak cicak
merupakan pemanjat yang baik atau pelari yang pantas. Kebanyakan cicak
boleh menyamar dengan amat baik dan boleh berdiam diri sehinggalah
pemangsa telah berlalu. Mengkarung, terutamanya amat dikenali kerana
keupayaanya untuk mengubah warna menyerupai persekitarannya.
Cicak mempraktikkan pelbagai kaedah dalam berkomunikasi.

Seperti kebanyakan haiwan lain, mereka mempunyai deria bau yang kuat
membolehkannya mengesan bau mangsa atau feromon cicak lain. Organ bau
utama pada cicak ialah organ ‘vomeronasal’ pada lelangit mulut dan cicak
mengumpul bau dengan menjulurkan lidah, kemudian menariknya semula dan
menghantar molekul-molekul bau mangsa yang ditangkap ke organ ini.

Sesetengah cicak karnivor yang besar seperti ‘tegus’ dan cicak monitor,
mempunyai lidah bercabang seperti ular untuk memanfaatkan organ ini dengan
lebih baik. Oleh itu, banyak cicak jantan mempunyai liang yang lebih besar di
bahagian bawah pehanya untuk digosok pada objek bertujuan menandakan
wilayahnya.

Gambar ni jer blih letak...nk letak gambar cicak btol...tp meremang bulu roma....tak sanggup....sungguh mengerikan...


Tuesday, October 12, 2010

Sukan Pantai Jabatan Audit Negara 2010

Salam semua dan salam 1Malaysia,

Dah lama x menulis kat blog nie. Selalunya ibu yang updatekan blog nie tapi takpa, kali nie biar ayah yang updatekan cerita terbaru ayah. Pada 26 September 2010, telah berlangsung sukan pantai Jabatan Audit Negara di Permaisuri Resort, Port Dickson. Ok jugakla tempat nie.dekat dengan pantai. Untuk kejohanan kali nie, ayah telah mewakili Zon 1 iaitu Sektor Audit Kerajaan Persekutuan untuk sukan bola pantai.Dahlah lama x main bola kat pantai nie,.letih jugakla nk berlari kat atas pasir..berat je main selain daripada berat badan. Apapun, enjoy jugakla main walaupun awal2 lagi dah terkeluar daripada persaingan.. Hampeh, kalah ngan balingan duit syilling..Tapi takpa, kita tunggu next punya sukan audit, harap2 bukanlah sukan pantai...buhsanla asyik sukan pantai jaa....

Bergambar bersama Pengarah Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Dato' Mustafa Saman. (Orang Baling nie)

Hanya team Bola Pantai jer yang tak pegi perhimpunan pagi tu. Sibuk mengambil gambar jer..

Aksi ayah di tengah padang pasir....

Hanya ayah sahaja yang berjaya menjaringkan gol semasa penentuan sepakan penalti

Bergambar kenangan bersama Piala Pusingan Juara Sukan Audit Se-Malaysia sebelum piala ini disimpan didalam kabinet.